Najib Razak Terlalu Percayakan Orang Sehingga Terpaksa Mengaku Bersalah


Seperti semua sedia maklum, sebentar tadi telah terjawab segala persoalan mengenai kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila beliau didapati bersalah untuk semua tujuh pertuduhan oleh Hakim Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, Najib telah memberitahu kepada Hakim Mahkamah Tinggi bahawa beliau didapati bersalah kerana terlalu mudah untuk memberi kepercayaan kepada orang lain sehingga dirinya terperangkap.

Ia turut dinyatakan oleh Peguam Utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menyatakan Najib sanggup dipersalahkan walaupun sebenarnya ia adalah kesalahan orang lain yang menguruskan syarikat berkenaan iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga SRC International Sdn Bhd.

Dalam keadaan tertentu, percayanya keterlaluan. (Tuntutan) wang dalam jumlah yang terlalu besar hingga tidak masuk akal dikenakan terhadapnya sebagai tunggakan cukai, atau pendapatan yang dikenakan cukai, sehingga RM1.69 bilion, jumlah yang amat mengejutkan bagi seorang individu. - Katanya.

Walaupun alasan ini diberikan, Hakim Mahkamah Tinggi tetap menjatuhkan hukuman bersalah terhadap semua tujuh pertuduhan dan pihak pembela perlu menyatakan rayuan.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan kes Najib di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media