(Video) 2 Gol Last Minute Bawa PSG Ke Semi Final UEFA


Kelab gergasi Perancis, PSG berjaya melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan wakil Itali, Atalanta 2-1 awal pagi tadi. Perlawanan yang berlangsung di Lisbon ini menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan pemain terbaik mereka untuk memburu kemenangan.


PSG terlebih dahulu mempunyai peluang untuk mendapatkan jaringan menerusi gerakan solo dari Neymar namun sepakan beliau sedikit tersasar. Kelab yang dilabel sebagai underdog, Atalanta juga memiliki beberapa percubaan bahaya dan hasilnya mereka berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-26 menerusi rembatan cantik Mario Pasalic.


Bersambung babak kedua, PSG terus melakukan asakan bertali arus ke kubu lawan selain memasukkan pemain muda, Kylian Mbappe dengan harapan untuk menyamakan kedudukan. Walaubagaimanapun, ketangkasan penjaga gol Atalanta, Sportiello membuatkan gawang Atalanta sukar dibolosi.


Akhirnya gol yang dicari PSG terhasil pada penghujung waktu permainan selepas berjaya mendapatkan dua jaringan dalam tempoh 3 minit untuk memastikan kemenangan dramatik serta melayakkan PSG ke perlawanan separuh akhir. Penyerang Brazil, Neymar dinobatkan sebagai pemain terbaik sejurus tamat perlawanan.

OHMEDIA : PSG MEMPUNYAI PELUANG UNTUK MUNCUL JUARA UEFA PADA MUSIM INI 

+ Baca respon pembaca 2 gol last minute bawa PSG ke semi final UEFA di Facebook Oh! Media



Sumber: Oh! Media