Siti Nurhaliza & Sheikh Muszaphar Berada Kedudukan Teratas Dalam ‘World Most Admired’

Posted on Wednesday, September 30, 2020 | 9/30/2020



Syukur Alhamdulillah. Ohmedia rasa seronok apabila melihat nama penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berada dalam World’s Most Admired untuk kategori Malaysia pada kedudukan teratas yang dikeluarkan oleh portal YouGov.

Portal tersebut mengumpulkan pencalonan terbuka bagi World Most Admired yang bermula pada bulan Januari sehingga Mac lalu dari panelis di 42 negara dan wilayah seluruh dunia.

Berdasarkan carta dalam portal itu, Tokti meraih 18.83% admiration score bagi kategori wanita di 42 negara dan wilayah di seluruh dunia. Manakala angkasawan negara pula meraih 10.64% admiration score bagi kategori lelaki.

Walaubagaimanapun, Tokti meluahkan rasa syukur dengan keputusan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu penghargaan orang ramai pada dirinya.

Alhamdulillah, saya tak menjangka dan tak terfikir pun benda macam ini. Tapi, apabila ada keputusan menggembirakan, saya bersyukur. Saya rasa ini satu penghargaan orang pada saya. Ini semua hasil undian mereka kan.

Insya Allah, saya akan terus memberikan contoh dan hasil kerja terbaik, supaya apa saya tonjolkan memberi manfaat kepada orang lain. Itu yang saya nak mereka nampak dan hargai. Terima kasih pada semua yang sudah menghargai saya sepanjang saya bergelar anak seni.
- Kata Tokti.

Sementara itu, ini pula reaksi Sheikh Muszaphar.

I'm humbled, I'm honourd. Thank you so much. Love always. - Tulisnya.

Wah! Tahniah dan semoga kekal menjadi seorang idola dan sentiasa memberi inspirasi kepada orang lain.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/30/2020

0 comments:

Loading...