FMLLP Lulus Permohonan T-Team Tangguh Pengesahan Penyertaan Liga Super


PERMOHONAN PENANGGUHAN PENGESAHAN PENYERTAAN LIGA SUPER 2018

Pihak T-Team telah menghantar satu surat permohonan kepada pihak FMLLP bagi memohon diperpanjangkan tarikh bagi menghantar borang pengesahan pasukan ini bertanding di Liga Super musim hadapan ke satu tarikh yang baru bagi memberikan pihak T-Team masa untuk menunggu keputusan dari pihak kerajaan negeri berkenaan status pasukan T-Team pada musim hadapan.

Hari ini pihak FMLLP memaklumkan telah BERSETUJU untuk meminda tarikh pengesahan pasukan khas bagi pihak T-Team kepada satu tarikh yang baru iaitu selewat-lewatnya 22 Novermber 2017.

Pihak T-Team sudah bersedia menyediakan segala dokumen bagi memastikan tiada sebarang permasaalahan untuk beraksi jika keputusan menyatakan T-Team bakal beraksi di Liga Super termasuk hak pemilikan lesen yang telah diberikan oleh pihak FAM untuk pasukan T-Team.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Football Malaysia LLP atas pertimbangan yang telah diberikan untuk pihak kami.

#TTeamFC
#SmallTeamBigDream
#TibangTTeamTibang