KUALA TERENGGANU: Bekas jurulatih T-Team, Azraai Khor Abdullah berharap Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengkaji semula langkah menyenaraikan pasukan The Titans dalam saingan Liga Perdana musim depan.
Pengendali yang mengemudi pasukan itu pada 2014 turut menyuarakan pandangan supaya pasukan kendalian Rahmad Darmawan itu terus kekal beraksi dalam Liga Super musim depan sesudah berhempas-pulas untuk berada di saingan liga utama itu.
"Keupayaan dua pasukan dari Terengganu beraksi dalam saingan Liga Super satu kejayaan yang boleh dibanggakan bukan saja kepada peminat setia malah juga kepada kerajaan negeri dan persatuan kerana berjaya menguruskan pasukan dengan baik.
"Selain itu matlamat utama sesebuah pasukan sebelum menyertai liga sudah tentu mahu berada dalam liga paling tinggi, buktinya dua pasukan itu T-Team dan Terengganu sudah berjaya melakukannya cuma belum berpeluang meraih trofi kejuaraan.
"Oleh sebab itu saya cadangkan The Titans tidak perlu diubah ke Liga Perdana sebaliknya perlu diperkasakan lagi dan dikekalkan beraksi dalam saingan liga utama itu kerana impaknya cukup besar.
"Selain mampu meningkatkan prestasi pemain kerana bersaing dalam kelompok pasukan elit, pasukan yang beraksi dalam Liga Super itu juga menjadi tumpuan peminat berbanding Liga Perdana serta penajaan juga sudah pasti lebih baik," kata Azraai yang mahukan PBSNT dan pengurusan T-Team mengamalkan situasi menang-menang.
Selasa lalu, PBSNT mengumumkan akan hanya menyenaraikan satu pasukan saja beraksi dalam Liga Super manakala satu pasukan lagi ke Liga Perdana mulai musim depan.
Mengulas lanjut, pengendali berusia 65 tahun itu berkata, sekiranya PBSNT kekal dengan pendiriannya itu ia sesuatu yang merugikan bukan hanya kepada negeri malah tempiasnya sudah pasti kepada pemain.
"Hal ini kerana apabila sesebuah pasukan berada dalam Liga Perdana sudah pasti pemain tidak mempunyai sasaran dan matlamat jangka panjang untuk beraksi dalam Liga Super kerana hanya satu pasukan saja dibenarkan dalam setiap liga sebagaimana yang diinginkan PBSNT.
"Justeru saya sarankan PBSNT duduk semeja dengan pengurusan T-Team bagi membincangkan hala tuju pasukan kerana bagi saya Terengganu ramai pemain muda berbakat dan kalau boleh T-Team dibarisi 80 peratus pemainnya di bawah usia 22 tahun dan anak jati negeri selain mewujudkan program yang lebih kukuh untuk pembangunan," katanya.
- Berita Harian