--> Skip to main content

Terengganu Ikat Lee Andrew Tuck


KUALA TERENGGANU: Penyerang kelahiran England, Lee Andrew Tuck disambar oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dalam misi memantapkan lagi jentera serangan skuad Peteh Terengganu Peteh musim depan.

Ketua jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim mengesahkan perkara itu sambil mengakui kehadiran bekas penyerang pasukan Negeri Sembilan musim lalu itu sangat dinantikan.

"Tuck yang mempunyai ketinggian 1.75 meter sudah menandatangani kontrak bersama Terengganu semalam dan kehadiran penyerang itu diyakini mampu menjadi senjata pemusnah buat pasukan," katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini PBSNT sudah menyambung kontrak penyerang kelahiran Ivory Coast, Tchetche Kipre atau nama jolokannya `Drogba Terengganu` selama setahun lagi.

Kehadiran Tuck yang juga pernah beraksi dengan kelab Dhaka Abahani Limited dalam Liga Bangladesh itu dengan dengan Kipre, sudah pasti bakal menajamkan lagi jentera depan skuad Penyu.

"Sebelum berjaya mengikat Tuck, kita terpaksa bersaing dengan beberapa pasukan ltermasuk Pahang yang difahamkan juga inginkan khidmat pemain itu.

"Bagaimanapun saya lega apabila pemain itu memilih untuk menyarung jersi skuad Terengganu," kata Irfan yang berjaya membawa skuad Penyu itu kembali beraksi dalam pentas Liga Super musim depan selepas muncul naib juara Liga Perdana musim ini.

Mengenai tiga lagi pemain import termasuk kouta ASEAN dan Asia, jurulatih berpengalaman itu merahsiakan lagi nama mereka bagi mengelak diintai pasukan lain.

"Tiga lagi pemain import yang bakal beraksi di posisi pertahanan dan tengah itu kita akan umumkan kemudian selepas mendapat `lampu hijau` daripada ejen pemain berkenaan," katanya. - Berita Harian
Tarikh Artikel: 16 November 2017
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...