--> Skip to main content

Bayi lemas dalam baldi kerana pengasuh terlupa tutup pintu bilik air


Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan dipercayai lemas dalam baldi berisi air di dalam tandas sebuah taska di Jalan Kebun, Shah Alam, tengah hari semalam, lapor Harian Metro

Mangsa, Abdul Rayyan Mijan, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kebiruan dalam baldi tersebut oleh kakitangan taska yang mendapati dia tiada di dalam bilik. 

Difahamkan, pengasuh terlupa menutup pintu bilik air sebelum mnagsa dipercayai merangkak masuk ke bilik air itu. 

Ibu mangsa, Royani, yang menghantar anaknya ke taska itu dalam keadaan sihat pada pagi hari kejadian, bergegas ke taska itu selepas dimaklumkan oleh pihak taska mengenai keadaan anaknya. 

"Abdul Rayyan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Mangsa seterusnya dibawa ke Jabatan Forensik HTAR untuk bedah siasat dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun petang tadi (semalam)," kata sumber. 

Royani yang merupakan ibu tunggal tidak menyangka anak yang dipeluknya ketika dihantar ke taska merupakan pelukan terakhir. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya sedang menyiasat kes itu bagi mengetahui punca kejadian. 


Sumber : thereporter.my
Tarikh Artikel: 26 July 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...