Larangan rentas negeri masih kekal sehingga satu kata dicapai dalam masa terdekat


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kerajaan masih melaksanakan larangan mana-mana individu merentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Keputusan itu akan terus dikekalkan sehingga satu kata dicapai dalam masa terdekat. 

"Kita belum tahu, kita akan putuskan di dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri yang saya akan pengerusikan setiap hari. Setakat hari ini, kekal," katanya memetik laporan dari Sinar Harian. 

Pada 21 Mei lalu, Ismail Sabri mengumumkan tiada lagi pergerakan rentas negeri yang dibenarkan menjelang perayaan Aidilfitri sebelum ini. Keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) ekoran masih ada yang beratur panjang di balai polis untuk mendapatkan kebenaran pulang ke kampung. 

Lebih memeritkan, kelonggaran kepada suami isteri yang menjalinkan hubungan rentas negeri untuk dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing pada hujung minggu juga turut ditarik balik kerajaan. 

Sumber: Sinar Harian


Sumber : thereporter.my