Kediaman Mewah Jackie Chan Dilelong


Menurut laporan Harian Metro, pangsapuri mewah yang diduduki keluarga Jackie Chan sejak 2007 mempunyai keluasan 1,200 meter persegi dikatakan telah dirampas dan disenaraikan dalam senarai lelong oleh pihak berkuasa.

Maklumat mengenai kediaman Jackie yang terdiri daripada dua unit pangsapuri mewah dengan tiga ruang tamu dan enam bilik tidur yang terletak di daerah Dongmen, Beijing di China itu masih lagi kabur.

Namun, terdapat beberapa sumber percaya bahawa beliau menjadi sasaran disebabkan mengelak daripada membayar cukai. Apa yang lebih menarik, rumah itu dilelong dengan harga bermula dari RM43.7 juta dan akan dibuka untuk bidaan jam 10 pagi pada 28 September ini.

Kalau nak tahu, pangsapuri tersebut pernah menjadi tempat anaknya yang bernama Jaycee ditahan pada 18 Ogos 2014 kerana dia mengedar dan memiliki dadah jenis ganja.

OHMEDIA: ALAMAK! NAK TAK NAK KENA BAYAR CUKAI.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.






Sumber: Oh! Media