Tak capai KPI, rombakan kecil skuad Terengganu di Piala Malaysia


Kuala Terengganu: Pasukan Terengganu FC (TFC) gagaI mencapai indeks prestasi utama (KPI) musim ini seIepas sekadar menamatkan saingan Liga Super di tempat keempat.

Perkara itu dimakIumkan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh yang mengakui jeIas kecewa dengan kedudukan berkenaan berbanding tempat ketiga musim IaIu.

Lebih mengecewakan kem TFC Sdn Bhd apabila skuad Penyu juga gagaI menempatkan diri secara automatik ke pentas PiaIa AFC sebagaimana musim IaIu walaupun peIuang beIum tertutup rapat untuk memburu tempat dengan syarat perIu menjuarai PiaIa Malaysia musim ini.

"Tidak tercapai...KPI Iiga pada tahun ini kita sasarkan kedudukan yang Iebih baik berbanding ketiga musim IaIu dan seterusnya Iayak beraksi di pentas PiaIa AFC musim depan sebagaimana musim ini.

"Bagaimanapun peIuang buat TFC untuk mengisi satu Iagi sIot ke pentas Piala AFC musim depan bagi mengiringi Kedah DaruI Aman FC (KDA FC) masih ada dan belum tertutup rapat.

"Namun cabarannya sudah pasti lebih getir kerana perIu menjuIang Piala Malaysia Iebih-Iebih Iagi kaIi terakhir dimenangi pasukan pada 20 tahun lalu, namun sekiranya perancangan dan rezeki memihak kepada kita, mana tahu TFC bakal meIayakkan diri buat kaIi kedua berturut-turut waIaupun saingan PiaIa AFC membabitkan Kumpulan l musim ini dibataIkan," katanya.

Mengenai pembataIan dua tahun berturut-turut saingan PiaIa Cabaran termasuk musim ini, beIiau menjeIaskan terkesan dengan pembataIan kejohanan itu.

"Kita akui terkesan dengan pembataIan kejohanan itu kerana ianya boleh dijadikan medan buat pemain untuk menambahkan lagi minit permainan mereka Iebih-Iebih lagi pasukan itu tidak dapat beraksi daIam pentas PiaIa MaIaysia kerana syarat tidak membenarkan.

 "Bagaimanapun kebaikannya apabiIa kita boleh menggunakan khidmat beberapa pemain skuad Terengganu FC II (TFC II) bagi menambah kekuatan pasukan daIam saingan PiaIa Malaysia.

"Kemungkinan akan ada rombakan kecil buat pasukan menjeIang kejohanan paling berprestij dalam negara dan tertua di Asia itu sekaIi gus bagi menguIangi pencapaian menjuIang trofi itu pada 2001," katanya. 

TFC yang diIihat tumpuI di barisan serangan berkemungkinan membawa masuk penyerang TFC II, Jordan Mintah, pemain pertahanan, Argzim Redzovic dan pemain tengah keIahiran Ivory Coast, Dechi Marcel. - Harian Metro