Sudah bersedia kembali perkuatkan Terengganu FC

 


Kuala Nerus: Aksi separuh akhir pertama TM Piala Malaysia bakal berlangsung malam esok, Terengganu FC boleh menarik nafas lega apabila ketua pasukan, Carli De Murga sudah bersedia diturunkan bagi menerima kunjungan pasukan Johor Darul Takzim.

Carli yang sebelum ini menghadapi kecederaan menyatakan kesediaan untuk diturunkan pada perlawanan tersebut, namun perancangan ketua jurulatih Terengganu FC masih lagi menjadi tanda tanya.

Rekod pertemuaan Terengganu FC dan Johor Darul Takzim Liga Super tahun ini nampak seimbang kerana masing-masing, tumpas dilaman sendiri dan menang digelanggang lawan dengan keputusan satu kosong.

Semua sedia maklum bahawa Johor Darul Takzim yang diletakkan sebagai pasukan pilihan, namun dengan prestasi ditunjukkan Terengganu FC pada kempen TM Piala Malaysia kali ini tidak boleh dipandang sebelah mata.

Faisal Halim muncul penjaring gol tempatan terbanyak pada kempen kali ini semestinya menjadi senjata utama bagi mengucar-kacirkan pertahanan Johor Darul Takzim.

Johor Darul Takzim yang mempunyai pemain-pemain kacukan dan tempatan berkualiti sudah pasti mahu membawa pulang bekalan gol selesa untuk aksi timbal balik separuh akhir kedua pada 26 November 2021 di Stadium Sultan Ibrahim nanti.

Sama-sama nantikan aksi dua pasukan yang akan menjadi tumpuan dipelusuk negara dan planet-planet lain pada malam esok, doakan kejayaan pasukan Terengganu FC!

Bagi penyokong Terengganu FC yang sudah mempunyai tiket perlawanan, sama-sama Hitam Putih kan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam esok! 1 Penyokong 1 Bendera, pakailah baju/jersi Hitam atau Putih! #WeBleedBlackAndWhite #PetehTranungPeteh # DemiTranung