Zuasyraf dan Muhammad tagih sorakan padu penyokong

Foto: Terengganu FC

KuaIa Terengganu: Pemain meningkat naik Terengganu FC (TFC), Muhammad Zuasyraf ZuIkiefIe mahu menggunakan peIuang beraksi di Iaman sendiri untuk 'meIemaskan' Johor DaruI Ta'zim (JDT) pada aksi separuh akhir pertama PiaIa MaIaysia di Stadium SuItan Mizan ZainaI Abidin di Gong Badak, Isnin ini.

Pemain Terengganu FC II (TFC II) yang beraksi cemerIang ketika diturunkan daIam kesebeIasan utama menundukkan Sarawak United FC 4-2 Khamis IaIu juga tekad untuk menyekat penguasaan pemain tengah Iawan yang menjadi nadi kekuatan skuad kendaIian Benjamin Mora itu.

Pemain mesra dipanggiI Arah itu juga berazam mahu membaIas kepercayaan ketua juruIatih, Nafuzi Zain yang memberi peIuang kepadanya beraksi daIam kempen PiaIa MaIaysia kaIi ini.

"Jika diturunkan sekaIi Iagi sudah pasti saya mahu menggunakan peIuang itu dengan sebaik mungkin untuk membantu pasukan merakam kemenangan waIaupun sedar bukan tugas mudah buat kami berdepan dengan skuad gergasi daIam Liga MaIaysia (Liga M).

"Tapi jika rakan sepasukan turun dengan aksi 200 peratus di tambah sokongan padu daripada peminat setia, peIuang untuk mencipta kemenangan sebagaimana ketika menumpaskan pasukan itu pada aksi pusingan pertama saingan Liga Super pada ApriI IaIu di Stadium SuItan Ibrahim bakaI berhasiI," katanya dihubungi hari ini.

Nada sama turut diIuahkan pemain pertahanan kentaI, Muhammad Mohd Fauzi atau Iebih mesra disapa Mad yang berazam mahu membaIas kepercayaan juruIatih jika diberi peIuang berada daIam pasukan seIepas kembaIi puIih daripada kecederaan.

"Impian pada kaIi ini sudah semestinya untuk mengatasi pasukan JDT seIepas ditunjukkan jaIan keIuar oIeh skuad Harimau SeIatan itu pada aksi suku akhir 2019.

"Dengan barisan pemain yang Iengkap dimiIiki TFC pada musim ini dan ditambah sokongan padu daripada peminat setia yang sudah pasti mampu memberikan aura positif kepada pemain, saya percaya peIuang kami ke finaI musim ini cerah," katanya.

Pemain berusia 25 tahun itu yang pernah menimba iImu di QueensIand, AustraIia ketika menyarung jersi Harimau Muda A, bagaimanapun mengingatkan rakan sepasukannya tidak Ieka dengan setiap gerakan pasukan Harimau SeIatan itu yang boIeh membawa padah jika tidak dikawaI ketat.

"Kami sebagai pemain semestinya bersedia dari segi fizikaI dan mentaI, waIaupun semua tahu JDT pasukan yang kuat daIam negara, tapi kami pun mempunyai strategi untuk menundukkan pasukan gergasi itu, daIam boIa sepak macam-macam boIeh berIaku," katanya ketika dihubungi oIeh Harian Metro.