Jurulatih Terengganu FC musim 2022 bakal diputuskan esok



Kuala Terengganu: Keputusan sama ada Nafuzi Zain kekal atau tidak bakal diketahui esok, sumber daripada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom menyatakan perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat lembaga pengarah.


Dua lagi calon Jurulatih dari Croatia dalam radar Terengganu FC ialah bekas jurulatih T-Team Tomislav Steinbrückner, yang dilapor sudah meletakkan jawatan sebagai pengendali kelab liga divisyen 2 Croatia Bijelo Brdo.

Manakala seorang lagi ialah penolong jurulatih KL City FC musim ini, Nenad Baćina nama yang disebut-sebut dalam pertimbangan untuk kemudi Terengganu FC musim depan.

Tiga nama ini bakal diputuskan siapa yang bakal menjadi jurulatih Terengganu FC bagi musim 2022.