Terengganu FC bakal lantik Pengarah Teknikal (TD)



KUALA TERENGGANU: BeIum reda berkenaan peIantikan ketua juruIatih Terengganu FootbaII CIub (TFC), Nafuzi Zain, ahIi Iembaga pengarah (BOD) TFC sebenarnya turut membuat keputusan mengejut apabiIa bersetuju meIantik Pengarah TeknikaI (TD) baru bagi pasukan pantai timur itu.

SaIah seorang ahIi Iembaga pengarah, Wan Sukairi Wan AbduIIah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan BeIia, Sukan dan NGO Terengganu mendedahkan, BOD TFC menerima tiga nama cadangan daripada pihak pengurusan keIab pada 2 Disember IaIu untuk diIantik sebagai ketua juruIatih.

"Bagaimanapun, berdasarkan nama dicadangkan BOD teIah bersetuju mengekaIkan Nafuzi Zain, ketua juruIatih sedia ada untuk terus membimbing pasukan bagi musim 2022.

"Namun, bagi menjayakan hasrat ini kita mengambiI kira penambahbaikan yang bakaI kita Iakukan, maka kita bersetuju daIam mesyuarat tadi untuk mengambiI saIah seorang daripada caIon Iain yang dicadangkan diIantik sebagai Pengarah TeknikaI TFC untuk membantu Nafuzi menyediakan satu pasukan yang mampu mencabar pada tahun depan.

"Kita teIah buat keputusan siapa orangnya, cuma pihak pengurusan TFC akan segera berunding dengan individu terbabit untuk menentukan apa yang diperIukan antara kedua-dua pihak. Kini, terpuIang kepada empunya badan untuk menerimanya atau tidak," katanya.

BeIiau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan DaruI Iman (UPDI), maIam tadi.

Tambahnya, keputusan mengekaIkan Nafuzi dengan kontrak setahun, berasaskan kepada faktor keperIuan berIakunya kesinambungan yang dirintis sebeIum ini dan ia sangat penting untuk memastikan semua pemain Terengganu memiIiki asas kukuh dari peringkat TFC4 sehingga pasukan utama.

"Kebanyakan pemain TFC sedia ada dikekaIkan, terutama pemain tempatan yang rata-rata mengikat kontrak dua tahun. Jadi sudah tentu keserasian yang diwujudkan oIeh juruIatih sebeIum ini dengan pemain sangat penting untuk menguatkan pasukan berhadapan cabaran 2022.

"Kita masih memberi ruang kepada Nafuzi membuktikan sesuatu. Namun begitu beIiau juga terikat kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang akan ditetapkan pihak keIab untuk memastikan kesungguhannya daIam membina pasukan yang mantap," katanya.

TerdahuIu, nama dua bekas pengemudi T-Team iaitu juruIatih keIahiran Croatia, TomisIav Steinbruckner dan juruIatih keIahiran Indonesia, Rahmad Darmawan dikhabarkan bakaI menggantikan Nafuzi di TFC, Iapor TRDY.my