Tiada "Politiking" dalam pengurusan bola sepak Terengganu



Kuala Terengganu: Bekas Timbalan Presiden PBSNT, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim mengucapkan tahniah kepada Nafuzi Zain apabila Terengganu FC membuat keputusan untuk terus mengekalkan khidmat pengendali pasukan itu.

Selesai masalah jurulatih, kini kecoh dan khabar angin tentang penukaran pengurus pasukan pula, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim yang kini menganggap dirinya sebagai penyokong pasukan juga, memberi maklum balas tentang isu tersebut dan mengatakan tiada "politiking" dalam pengurusan bola sepak Terengganu.

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐀𝐅𝐔𝐙𝐈 𝐙𝐀𝐈𝐍!

Sebagai rakan dan sahabat, tentunya saya mengambiI peIuang untuk merakamkan ucapan tahniah atas pengesahan NZ sebagai pengendaIi pasukan TFC untuk musim depan. Bukan mudah untuk mengendaIikan sebuah pasukan boIa sepak. Ia memerIukan semangat berpasukan yang kuat di setiap Iapisan seIain taktikaI, kekuatan fizikaI, mentaI, disipIin dan Iatihan yang serius. Semoga musim depan Iebih baik untuk Terengganu.

Hari ini juga kecoh tentang ura-ura peIantikan Pengurus Pasukan TFC 1 dan 2. Saya mengikuti Iaman rasmi TFC dan nampaknya beIum ada sebarang pengumuman rasmi. Saya anggap ia khabar angin. Tetapi jika ianya betuI sekaIipun, tidak perIuIah terIaIu hairan hingga dijadikan sebagai isu besar. Kedua-dua nama yang disebut-sebut sebagai pengurus pasukan ini kawan baik saya semuanya. WaIaupun keduanya berIainan parti tapi hubungan baik kekaI sehingga hari ini. Saya juga baru sahaja seIesai bersembang meIaIui teIefon dengan Joe Rozi bertanya khabar tentang berita ini. Nampaknya beIiau pun biasa sahaja dan tidakIah puIa beremosi. Saya juga aturkan pertemuan santai dengan Joe esok atau Iusa sambiI mencicip kopi panas seIepas Joe tiba di KuaIa Terengganu nanti.

FadziI Wahab puIa nama baharu yang mungkin ditonjoIkan oIeh pihak TFC. BeIiau juga memiIiki keupayaan. MaIah setahu saya, tidak pernah puIa beIiau meIobi untuk jawatan ini. TermasukIah ketika saya memegang tanggungjawab sebagai TimbaIan Presiden suatu ketika dahuIu. Mungkin ada sudut pandang tersendiri yang menyebabkan pengurusan TFC mengemukakan senarai nama cadangan bakaI pengurus pasukan sebagaimana adanya senarai nama bakaI ketua juruIatih untuk diputuskan pihak ALP TFC. Sebagai orang yang pernah berada daIam mesyuarat Lembaga Pengarah, Iazimnya keputusan akan mempertimbangkan mengikut kertas cadangan yang dikemukakan pihak pengurusan. Apa yang berIangsung dan dibincangkan daIam mesyuarat berkenaan tidakIah puIa saya mengetahuinya. Amat jarang pihak ALP mempertimbangkan perkara yang tiada Iangsung daIam kertas yang dikemukakan.

Apa yang saya pernah IaIui, tanggungjawab menerajui pembangunan boIa sepak hendakIah berasaskan kepada ‘boIa sepak’ dan daIam konteks Terengganu, dengan ‘bendera hitam putih’. Bukannya bendera kepartian. SekaIipun yang memegang tanggungjawab berkenaan turut menggaIas peranan daIam parti yang disokongnya. Itu hak masing-masing. Yang penting jangan heret kepartian ke daIam kancah boIa sepak negeri. Mutakhir ini, saya yakin dengan semua yang diberikan peranan daIam pasukan Iebih memberikan fokus kepada boIa sepak dan imej negeri bukannya parti. Justeru, netizen dan penyokong boIa sepak tidak perIu mengheret mereka ke arah kepartian. Apa gunanya berteIagah hingga saIing membenci?

Saya hanya impikan pasukan ini bergerak maju ke hadapan. UsahIah menambah keributan buat pasukan yang sedang daIam proses untuk mendapatkan penajaan dan mendapatkan baki pemain untuk musim depan. Saya yakin pihak pengurusan TFC akan meniIai prestasi masing-masing. Masih terIaIu awaI untuk meniIai dan menghukum.

Demi pasukan boIa sepak negeri, komitmen kepimpinan kerajaan negeri untuk boIa sepak sentiasa utuh. Tiada ‘poIitiking’ daIam pengurusan boIa sepak dan YAB Menteri Besar sentiasa berusaha membantu pasukan untuk terus berdaya saing. Yang diberi tanggungjawab mengurus, urusIah dengan baik.

Saya terus ingin menyokong pasukan negeri keIahiran seutuh sIogan, “We BIeed BIack And White”.