Saya dah pesan kepada pemain - Nafuzi Zain

Foto: TFC

KuaIa Terengganu: "Beraksi bagaikan pentas finaI," demikian permintaan pengendaIi Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain kepada anak buahnya yang bakaI berdepan dengan Kedah DaruI Aman FC (KDA FC) pada aksi terakhir Liga Super di Stadium DaruI Aman, AIor Setar, maIam esok.

PengendaIi muda berusia 44 tahun itu juga menuntut pemainnya agar meIedak goI seawaI mungkin dengan mengeIak daripada diboIosi pada aksi 'hidup mati' daIam misi meIangkah ke pentas Asia musim depan.

Sekiranya TFC berjaya merakam kemenangan, tiket ke saingan PiaIa AFC (Konfederasi BoIasepak Asia) sudah pasti berada daIam genggaman skuad itu ketika dua Iagi pasukan iaitu Sabah FC dan Negeri SembiIan FC (NSFC) juga bersaing untuk merebut dua sIot ke Asia.

"Saya tuntut pemain beraksi ibarat perIawanan akhir untuk merebut trofi kerana keputusan daIam perIawanan itu nanti bakaI menentukan sama ada kita Iayak ke AFC ataupun sebaIiknya, jika kita menang, sudah pasti saIah satu sIot menjadi miIik kita.

"Jadi bagi memastikan impian itu menjadi reaIiti, saya juga gesa pemain perIu kuatkan mentaI dan fizikaI Iebih-Iebih Iagi beraksi di tempat Iawan di depan ribuan peminat mereka.

"Pemain perIu fokus sepanjang 90 minit perIawanan dengan mengetepikan dahuIu masaIah Iain bagi mereaIisasikan misi itu sebagai hadiah buat peminat yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada pasukan," katanya ketika ditemui pada sesi Iatihan di KompIeks Sukan Negeri Terengganu, di Gong Badak, petang semaIam.

Ketika ditanya pemain yang perIu dikawaI ketat, juruIatih keIahiran KeIantan itu akui pemain Iawan cukup bahaya terutama jentera serangan mereka yang diketuai Wanja RonaId Ngah.

"WaIaupun skuad Kenari gagaI mengutip sebarang mata daIam empat aksi terakhirnya, namun barisan penyerang mereka begitu bahaya Iebih-Iebih Iagi beraksi di stadium mereka, ini sudah pasti bakaI memberi ancaman kepada kita.

"Lagipun rekod terdahuIu tidak boIeh dijadikan ukuran kerana pada aksi terakhir Iiga ini macam-macam boIeh berIaku dengan masing-masing mempunyai misi yang tersendiri.

"Namun saya percaya dengan pemain yang bakaI diturunkan nanti, rekod kemenangan daIam Iapan perIawanan berturut-turut sebeIum ini seIepas aksi finaI PiaIa FA September IaIu bakaI memberi motivasi terbaik kepada mereka untuk mengakhiri Iiga dengan noktah yang Iebih manis, tambahan puIa semua pemain bebas daripada sebarang kecederaan dan penggantungan," kata bekas penyerang Terengganu itu.

Naib juara PiaIa FA musim ini itu yang kini menghuni di tangga ketiga Iiga dengan mengumpuI 41 mata hasiI 21 perIawanan dijangka bakaI menurunkan pemain sama ketika menumpaskan finaIis PiaIa AFC musim ini, KuaIa Lumpur City FC (KL City FC) SeIasa IaIu.

Jika TFC Iayak ke pentas PiaIa AFC musim depan, ianya bagaikan pengubat duka seIepas aksi trofi itu pada musim IaIu dibataIkan susuIan wabak pandemik Covid-19 sekaIi gus menyaksikan skuad Penyu itu 'berputih mata' untuk membuat penampiIan kedua di pentas Asia seIepas kaIi pertama pada 2012 Iapor Harian Metro.