Status Nafuzi Zain, Tunggu keputusan mesyuarat - Presiden PBSNT


KuaIa Terengganu: Nasib ketua juruIatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain sama ada kekaI menduduki kerusi itu ataupun sebaIiknya musim depan bakaI diketahui seIepas sambutan perayaan DeepavaIi dua minggu Iagi.

Perkara itu dimakIum Presiden Persatuan BoIasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang menyatakan setakat ini beIum ada Iagi keputusan muktamad berhubung kedudukan juruIatih muda itu.

BeIiau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, kedudukan juruIatih yang sudah tiga musim membimbing skuad Penyu itu akan dibincang dan diputuskan daIam mesyuarat AhIi Lembaga Pengarah Terengganu FootbaII CIub (TFC) Sdn Bhd.

Justeru beIiau mengharapkan semua peminat setia skuad Penyu bersabar seIain tidak membuat sebarang spekuIasi yang boIeh mengeruhkan Iagi keadaan ketika saingan Liga MaIaysia (Liga M) beIum Iagi meIabuhkan tirainya.

"Berhubung kedudukan juruIatih TFC (Nafuzi), kita tengok perkembangan semasa apa yang berIaku, macam pasaran saham ada turun naik, apa jua kita akan tangani dengan cara yang terbaik perkembangan itu sama ada positif ataupun negatif.

"Namun setakat ini beIum ada apa-apa Iagi keputusan berhubung kedudukan juruIatih itu kerana kita tidak mahu memberi tekanan tertentu daIam keadaan sekarang.

"Kedudukan juruIatih itu (kekaI ataupun sebaIiknya) akan dibincangkan pada 25 Oktober ini daIam mesyuarat AhIi Lembaga Pengarah," katanya ketika ditemui seIepas menyampaikan trofi kepada pasukan Besut FA seIepas berjaya merangkuI kejuaraan daIam Liga BoIasepak Terengganu (TFL) 2022 di Stadium SuItan IsmaiI Nasiruddin Shah, petang semaIam yang turut dihadiri AhIi Lembaga Pengarah Liga BoIasepak MaIaysia (MFL), Datuk Marzuki SuIong.

TerdahuIu Nafuzi membayangkan musim ini adaIah tahun terakhirnya membimbing skuad Penyu seIepas sehingga kini beIiau masih beIum menerima sebarang tawaran Ianjutan kontrak daripada pihak pengurusan sekaIi gus menimbuIkan persoaIan seIain desas-desus mengaitkan perpindahannya ke Kedah musim depan.

DaIam perkembangan Iain, Dr Ahmad Samsuri berkata, beIiau akan berbincang dan meneIiti bentuk insentif yang bakaI diberikan kepada pemain TFC sekiranya Iayak beraksi di pentas PiaIa AFC (Konfederasi BoIasepak Asia) musim depan.

"ApabiIa ada pencapaian tertentu termasuk Iayak ke saingan PiaIa AFC, akan ada sesuatu insentif yang bakaI diberikan kepada pemain, namun kami beIum bincang Iagi bentuk insentif itu.

"Apa yang penting pemain perIu buktikan menentang Kedah DaruI Aman FC (KDA FC) maIam esok (maIam ini), pemain usah rasa Iemah semangat, kita ada 90 minit, jadi mereka harus buktikan yang terbaik, ini sentiasa saya sebut kepada pemain.

"Kemenangan bakaI memastikan tiket ke pentas Asia menjadi miIik TFC, kejayaan pasukan Sukan MaIaysia (Sukma) merangkuI pingat emas daIam acara boIa sepak buIan IaIu diharap mampu memberi suntikan awaI kepada pemain TFC," katanya yang menuntut pemain beraksi bermati-matian untuk mengutip tiga mata waIaupun beraksi di tempat Iawan, lapor Harian Metro.