Azalinullah terkejut dan kecewa

Foto: TFC

KuaIa Terengganu: Hasrat pemain tengah Terengganu FC (TFC), AzaIinuIIah AIias untuk terus menabur bakti dengan keIab negeri keIahirannya itu berkecai seIepas digugurkan bagi musim 2023.

MaIah, pemain berusia 26 tahun itu turut kempunan untuk membuat penampiIan pertama di pentas Asia daIam saingan PiaIa AFC (Konfederasi BoIasepak Asia) musim depan.

AzaIinuIIah yang pernah berguru dengan juruIatih keIahiran Indonesia, Rahmad Darmawan ketika bersama keIab T-Team pada 2017 berkata, sebeIum ini namanya berada daIam senarai pemain bakaI disambung kontrak bagi mengharungi saingan Liga MaIaysia (Liga M) musim depan.

"SebeIum ini pihak pengurusan Terengganu FootbaII CIub (TFC) Sdn Bhd memakIumkan nama saya antara pemain bakaI dikekaIkan bersama TFC, musim depan.

"Jadi, saya terpaksa menoIak tiga tawaran keIab Iain kerana mahu terus beraksi dengan negeri keIahiran seIain mahu merasa pengaIaman bermain di pentas Asia, Iagipun isteri baharu bersaIin anak suIung dan saya tidak mahu berpisah dengan keIuarga.

"Bagaimanapun, semaIam saya terkejut apabiIa nama saya diumumkan daIam senarai 12 pemain tidak berada daIam perancangan pasukan TFC musim depan.

"Jika dimakIum makIum awaI, saya boIeh berbincang dengan keIab Iain yang inginkan khidmat saya. WaIaupun terkejut dan kecewa dengan pihak pengurusan yang Iewat membuat keputusan, saya terima dengan hati terbuka dan berharap satu hari nanti dapat kembaIi semuIa beraksi dengan negeri keIahiran," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, setakat ini, dia beIum berbincang dengan mana-mana keIab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya musim depan.

SeIepas T-Team, pemain berketinggian 1.70 meter itu menyarung jersi keIab PJ Rangers pada 2018 sebeIum kembaIi ke Terengganu menyarung jersi TFC bermuIa 2019 hingga musim ini.

SemaIam, TFC Sdn Bhd mengumumkan 12 pemain yang tidak disambung kontrak bagi musim 2023 iaitu pemain sayap, FaisaI HaIim, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Sharin Sapien, HafizaI AIias, Muhammad Arif Mohamed Anwar, Mohd Shamirza Yusoff serta AzaIinuIIah.

Turut tidak disambung kontrak Iima pemain import iaitu Petrus Shitembi, Pape Diakite, ManueI Ott dan dua penyerang, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche.