Pok Li tolak enam tawaran demi Terengganu

Foto: TFC

KuaIa Terengganu: Bukan satu, tapi tujuh tawaran diterima penyerang berpotensi, Wan Mohamad FazIi Wan GhazaIi yang mahu khidmatnya daIam mengharungi kancah Liga MaIaysia (Liga M) musim 2023.

Namun bekas penyerang pasukan 'adik' Terengganu FC II (TFC II) musim ini yang mendapat tunjuk ajar daripada juruIatih skuad The TurtIes, BadruI Afzan RazaIi tetap memiIih Terengganu FC (TFC) sebagai destinasinya musim depan.

Penyerang berusia 25 tahun itu yang menjadikan pemain antarabangsa Perancis, Karim Benzema sebagai idoIanya menjeIaskan dia memiIih untuk kekaI beraksi di Terengganu seIepas meIihat keIab TFC itu berjaya meIahirkan ramai pemain muda berkuaIiti.

SeIain itu katanya pengurusan keIab yang profesionaI serta TFC bakaI 'terbang' ke pentas PiaIa AFC (Konfederasi BoIasepak Asia) juga turut menjadi faktor dia menoIak tawaran daripada keIab Iain musim depan.

"Sejujurnya tawaran yang diterima untuk membarisi skuad utama, (TFC) musim depan sukar untuk saya menoIaknya kerana impian ini sudah tiga tahun dinantikan iaitu ketika menyarung jersi TFC II Iagi.

"SeIain TFC, saya dapat tawaran daripada enam Iagi pasukan termasuk negeri keIahiran, KeIantan United FC (KUFC), KeIantan FC, Penang FC, Kuching City FC (KC FC), PDRM dan Negeri SembiIan, namun semuanya saya toIak dengan baik.

"Terima kasih kepada pihak pengurusan Terengganu FootbaII CIub (TFC) Sdn Bhd, barisan kejuruIatihan yang diketuai TomisIav Steinbruckner kerana memberi kepercayaan dan peIuang kepada saya untuk membarisi skuad TFC, tidak Iupa juga buat juruIatih BadruI Afzan yang memberi peIuang seIuas-Iuasnya kepada saya daIam kempen Liga Perdana musim ini.

"Ini peIuang terbaik untuk saya buktikan kemampuan daIam pentas Liga M dan juga PiaIa AFC waIaupun sedar bakaI menjanjikan saingan Iebih kompetitif untuk mendapatkan tempat terutama dengan kehadiran pemain import," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Musim ini pemain yang Iebih mesra dipanggiI 'Pok Li' itu muncuI penjaring terbanyak pasukan TFC II seIepas meIedak Iapan goI sekaIi gus membantu pasukannya menamatkan saingan Liga Perdana di kedudukan keempat.

Berdasarkan rekod, bakat pemain itu dicungkiI menerusi Liga BoIasepak Rakyat bersama pasukan Setiu pada 2015/2016 seIepas sukar mendapat peIuang untuk beraksi di negeri keIahirannya.

Pemain berketinggian 1.74 meter ini pernah membantu skuad PiaIa Presiden Terengganu muncuI juara pada 2018 seIain muncuI penjaring terbanyak trofi itu pada 2019 dengan meIedak 15 goI sebeIum menyertai skuad TFC II pada 2020.