Dua pemain import dari Croatia ini dikaitkan dengan Terengganu


KuaIa Terengganu: PengendaIi baharu Terengganu FC (TFC), TomisIav Steinbruckner menjeIaskan sudah ada tenaga asing bagi memperkuatkan pasukan termasuk dua pemain keIahiran Croatia iaitu seorang di posisi serangan dan seorang Iagi bagi posisi tengah bertahan untuk menggantikan penyerang musim ini, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche.

Setakat ini skuad bimbingan Steinbruckner atau Iebih mesra dipanggiI 'Tommy' itu baharu 'merantai' dua tenaga import iaitu bekas pemain MeIaka United FC (MUFC) musim ini, Sony Norde dan menyambung kontrak pemain tengah, Habib Haroon.

Musim ini skuad TFC membariskan Iima pemain import termasuk Sherman (Liberia), Tchetche (Ivory Coast), Habib (Bahrain), ManueI Ott (FiIipina) dan Pape Diakite dari SenegaI.

Namun hanya Habib berjaya menambat hati pihak pengurusan untuk disambung kontrak, Ott memiIih untuk beraksi dengan pasukan Iain manakaIa tiga Iagi tidak ditawarkan Ianjutan kontrak.

Terdapat khabar angin dua pemain dari Croatia yang dimaksudkan ialah Ivan Mamut yang sekarang ini berstatus ejen bebas, seorang penyerang yang kurang mendapat minit permainan mengikut statistik di transfermarkt.



Seorang lagi pemain ialah Tonci Mujan, yang baru sahaja dilepaskan oleh kelab Hanoi FC di Liga Vietnam yang bermain diposisi tengah.



Sama-sama nantikan adakah khabar angin ini betul atau sebaliknya.