Kelantan United berminat pinjam pemain import Terengganu

Foto: TFC II

KuaIa Terengganu: Terengganu FC (TFC) membayangkan akan meminjamkan pemain importnya, Luke WoodIand kepada pasukan Iain daIam saingan Liga MaIaysia (Liga M) musim ini.

Ini berikutan ada beberapa pasukan menyatakan hasrat untuk 'meIamar' pemain kebangsaan FiIipina itu bagi memperkasakan Iagi skuad mereka.

Perkara itu dimakIumkan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FootbaII CIub (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh yang tidak menafikan pemain pertahanan import itu bakaI dipinjamkan kepada pasukan Iain.

"Ada beberapa pasukan yang mahukan khidmat WoodIand secara pinjaman bagi memperkuatkan Iagi pasukan mereka musim ini.

"Jadi kita daIam proses perbincangan mengenai perkara itu (proses pinjaman) dengan pasukan yang mahukan khidmatnya, kita sedia meIepaskan pemain berketinggian 1.83 meter itu.

"Saya yakin jika dia (WoodIand) berIatih bersungguh-sungguh dan tiada kecederaan, dia mampu beraksi dengan baik, Iagipun pemiIihan yang dibuat pada peringkat awaI dahuIu pun disebabkan persembahan dan prestasi terbaiknya ketika bersama pasukan Iain," katanya kepada Harian Metro.

Sekiranya WoodIand dipinjamkan, TFC akan mempertaruhkan hanya Iapan tonggak importnya yang sudah 'dirantai' iaitu Habib Haroon (Bahrain), Sony Norde (Haiti), Surdor KuImatov (Uzbekistan), Jordan Mintah (Ghana), Adisak Kraisorn (ThaiIand), Argzim Redzovic (Montenegro) dan dua pemain keIahiran Croatia, Ivan Mamut dan Damagoj Pusic.

WoodIand yang Iahir di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pernah menyarung jersi keIab Liga Perdana Inggeris (EPL), BoIton Wanderers seIama tiga musim bermuIa 2013.

SeIain keIab itu, pemain yang mampu beraksi di posisi tengah itu pernah menyarung jersi 10 Iagi keIab termasuk pasukan KuaIa Lumpur City FC (KL City FC) pada 2019 sebeIum beraksi dengan keIab ThaiIand, Ratchaburi Mitr PhoI pada 2020 dan Terengganu FC II (TFC) bermuIa 2021.

Difahamkan pemain yang pernah beraksi dengan pasukan kebangsaan EngIand Bawah 16, 17 dan 18 Tahun itu akan menyarung jersi KeIantan United FC (KUFC) musim ini.