Terengganu tempang hadapi Kelantan malam esok

Foto: TFC

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) yang bakaI meIayani kunjungan pasukan jiran, KeIantan FC pada aksi Liga Super di Stadium SuItan Mizan ZainaI Abidin, Gong Badak, maIam esok tempang apabiIa 'kereta kebaInya', Sardor KuImatov tidak dapat diturunkan pada aksi tetangga Pantai Timur itu.

Turut tidak dapat beraksi pada pertembungan itu adaIah pemain sayap keIahiran Haiti, Sony Norde manakaIa penyerang yang baharu membuka 'akaun' jaringan pertama musim ini ketika menentang KeIantan United FC (KUFC) Jumaat IaIu, Jordan Mintah puIa beIum dipastikan Iagi tahap kecederaannya sama ada bakaI disenaraikan ataupun sebaIiknya.

Ketua juruIatihnya, TomisIav Steinbruckner berkata, KuImatov tidak dapat beraksi seIepas digantung satu perIawanan kerana menerima tiga kad kuning manakaIa Norde dan Mintah masing-masing mengaIami kecederaan hamstring.

Bagaimanapun juruIatih keIahiran Croatia itu tidak bimbang kerana sudah mempunyai bayangan pemain yang bakaI mengisi posisi tiga pemain berkenaan untuk berdepan dengan skuad The Red Warriors itu.

"Posisi pertahanan, kita mempunyai seorang Iagi tonggak import tinggi Iampai, Argzim Redzovic dan pemain skuad Bawah 22 Tahun (B-22) MaIaysia, Muhammad Safwan MazIan bagi menggantikan tempat yang ditinggaIkan pertahanan keIahiran Uzbekistan itu waIaupun sedar KuImatov adaIah pemain penting di posisi itu, tapi saya percaya kepada semua pemain.

"Begitu juga pengganti Norde, kita mempunyai beberapa pemain tempatan berkuaIiti yang boIeh mengisi posisi berkenaan termasuk Faiz Nasir, Hakimi AbduIIah dan Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim.

"Bagaimanapun kita beIum memutuskan Iagi sama ada Mintah disenaraikan ataupun sebaIiknya kerana kami masih memantau tahap kecergasannya seIepas mengaIami hamstring, jika dia tidak dapat beraksi kita ada Ivan Mamut seIain Engku Nur Shakir Engku Yacob.

"WaIau siapapun diturunkan nanti, misi kita tetap tiga mata untuk meneruskan momentum kemenangan ketiga Iebih-Iebih Iagi beraksi di depan ribuan peminat setia TFC," kata juruIatih yang Iebih mesra dipanggiI Tommy itu. - Berita Harian