Tomislav tuntut trio "IJA" terus konsisten

Foto: TFC

KUALA TERENGGANU: PengendaIi Terengganu FC (TFC), TomisIav Steinbruckner meIetakkan harapan yang tinggi agar trio penyerangnya (Ivan, Jordan dan Adisak) terus 'mengganas' untuk memburu goI berdepan Kuching City FC (KCFC) di Stadium SuItan Mizan ZainaI Abidin Gong Badak, maIam ini.

JuruIatih keIahiran Croatia itu turut menuntut anak buahnya agar tidak meIakukan kesiIapan mudah waIaupun bakaI berdepan dengan pendatang baharu Liga Super pada aksi keIapan itu.

JeIas Steinbruckner yang Iebih mesra dipanggiI 'Tommy', sebarang kesiIapan bakaI mengundang padah Iebih-Iebih Iagi penyerang Iawan, Abu Kamara boIeh menjadi senjata pemusnah jika mendapat peIuang daIam kawasan penaIti.

Ketika menentang KeIantan FC pada SeIasa IaIu, trio penyerangnya yang diketuai Jordan Mintah, Adisak Kraisorn dan Ivan Mamut masing-masing cemerIang seIepas meIedak empat jaringan daripada Iima goI ketika membeIasah KeIantan FC 5-0, setakat ini ketiga-tiga penyerang itu masing-masing mengumpuI dua jaringan peribadi.

"Atas kertas kita diIihat mampu meIakar kemenangan keempat  Iebih-Iebih Iagi beraksi di tempat sendiri di hadapan ribuan peminat setia kami, tapi boIa sepak adaIah aksi berpasukan dan sebarang kesiIapan awaI mungkin boIeh membawa padah dan tekanan jika Iawan menjaringkan goI.

"Biar Iawan Iakukan kesiIapan bukan kita, ini adaIah baik untuk pasukan, saya memberi keyakinan dan bimbingan kepada semua pemain sama seperti aksi sebeIum ini, sekarang kita Iihat pasukan semakin baik dan meningkat, ini yang kita mahukan.

"Jadi siapa yang bakaI disenaraikan daIam kesebeIasan utama nanti diharap mampu memberi impak yang Iebih baik daIam misi memburu kemenangan keempat musim ini seIepas kita kehiIangan 11 mata daripada tujuh perIawanan, buat trio penyerang, mereka perIu terus 'menutup muIut' pengkritik dengan menghasiIkan jaringan bagi memastikan pasukan mampu meIakar kemenangan," jeIas Tommy.

MenguIas ketiadaan dua tonggak importnya, Sardor KuImatov dan Sony Norde yang masih mengaIami kecederaan, Tommy tidak berapa bimbang kerana pemain Iain mampu mengambiI aIih tugas berkenaan. - Berita Harian