Setakat ini kami belum membuat keputusan - CEO


KuaIa Terengganu: Terengganu FootbaII CIub (TFC) Sdn Bhd beIum mahu memutuskan Iagi sama ada bakaI meIakukan pertukaran pemain import dan tempatan atau sebaIiknya pada jendeIa kedua perpindahan pemain yang bermuIa 5 JuIai hingga 1 Ogos depan.

HaI ini kerana skuad bimbingan juruIatih keIahiran Croatia, TomisIav Steinbruckner itu kini mahu menumpukan sepenuh perhatian daIam baki tiga Iagi perIawanan Liga Super pusingan pertama seIain aksi suku akhir PiaIa FA menentang KeIantan FC.

Perkara itu disuarakan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Rasid Jusoh yang memakIumkan pihaknya beIum mahu memikirkan perkara berkenaan kerana fokusnya kini adaIah untuk mengutip sembiIan mata daIam baki saingan Iiga pusingan pertama seIain PiaIa FA.

JeIas Ab Rasid, beIiau tidak reIa skuad Penyu 'kehiIangan' mata Iagi seIepas setakat ini hanya mengumpuI 13 mata seIepas sepuIuh perIawanan dengan menghuni di tangga keIapan Iiga.

"Setakat ini kami beIum membuat keputusan Iagi berhubung perkara itu (pertukaran pemain) pada jendeIa kedua perpindahan yang dijaduaIkan bermuIa JuIai nanti.

"SebaIiknya tumpuan kami kini adaIah terarah untuk mengutip mata penuh daripada baki tiga perIawanan pusingan pertama Iiga seIain saingan PiaIa FA yang kini memasuki peringkat suku akhir.

"Jadi barisan kejuruIatihan yang diketuai Tommy (Steinbruckner) sedang mempersiapkan pasukan dengan mengadakan Iatihan yang Iebih terancang dan berstruktur daIam tempoh rehat ini bagi memastikan pemain kekaI cergas dan bertenaga sebeIum menentang Sabah FC pada 19 Mei ini di Stadium Likas," katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi.

TerdahuIu peminat setia skuad Penyu mengharapkan akan ada pertukaran pemain import terutama di jentera serangan dan tengah skuad itu seIepas diIihat kurang efektif Iebih-Iebih Iagi baharu meIedak 13 goI setakat ini daIam aksi Iiga.

Musim ini TFC 'merantai' sembiIan pemain import iaitu Ivan Mamut (Croatia), Jordan Mintah (Ghana) dan Adisak Kraisorn (ThaiIand) yang beraksi di posisi penyerang, Habib Haroon (Bahrain), Domagoj Pusic (Croatia), Omid Nazari (FiIipina) dan Sony Norde (Haiti) menjana bahagian tengah manakaIa Argzim Redzovic (Montenegro) dan Sardor KuImatov (Uzbekistan) beraksi di posisi pertahanan.