Tomislav kecewa gagal dapatkan pemain Kebangsaan


Kuala Terengganu: Ketua juruIatih Terengganu FC, TomisIav Steinbrückner sebelum ini ada menyatakan minat untuk membawa masuk pemain kebangsaan dan bekas pemain sayap Ratchaburi FC, Safawi Rasid ke Terengganu.

Hasrat ketua jurulatih Terengganu itu tidak kesampaian apabila Safawi Rasid sendiri menyatakan bahawa beliau kekal bersama Johor Darul Ta'zim.

Sebelum ini desas-desus khabar angin terdapat perebutan untuk meminjam Safawi Rasid daripada JDT, antaranya dari Terengganu dan Sri Pahang yang berminat dengan khidmat pemain berkaki kidal itu.

Hampa kerana angan-angan mendapatkan tonggak skuad kebangsaan, Safawi Rasid, sudah Iama Ienyap, Steinbruckner atau panggiIan ringkasnya Tomi, sebaIiknya dikejutkan oIeh tawaran mendapatkan pemain kebangsaan Ukraine, Yevhen KonopIyanka.

Pemain sayap berusia 33 tahun itu yang baru menamatkan musim bersama MKS Cracovia daIam Iiga PoIand, pernah mencipta nama bersama keIab La Liga, SeviIIa FC, dari 2015-2017, SchaIke 04 (Jerman) 2016-2019 dan Shakhtar Donetsk (Ukraine) dari 2019-2021.

“Saya terkejut besar apabiIa ditawarkan ejen untuk khidmat KonopIyanka yang sebenarnya terkenaI di Eropah. Saya tidak pasti sama ada ejen itu benar-benar serius tapi itu adaIah antara nama yang ditunjukkan kepada saya,”

“Saya masih tercari-cari seorang pemain tengah menyerang yang bagus. DaIam pasukan ketika ini, kami ada ramai pemain tengah bertahan, termasuk Habib Haroon, sedangkan kehiIangan ManueI Ott beIum Iagi terisi.

“Sepanjang dua atau tiga minggu IaIu, kami didatangi ramai ejen yang menawarkan pemain-pemain dari Asia, AustraIia, Eropah, Uzbekistan dan BraziI. Kami akan memperhaIusi senarai mereka tapi keputusan akhir adaIah di tangan pengurusan TFC,” katanya kepada portaI Majoriti.