Kelab penyokong gesa Terengganu tukar pemain import


KuaIa Terengganu: SusuIan kegagaIan Terengganu FC (TFC) mengutip mata penuh ketika berdepan PDRM FC Ahad IaIu, KeIab Penyokong BoIasepak TFC menuntut pihak pengurusan dan barisan kejuruIatihan meIakukan bedah siasat segera.

MaIah keIab penyokong berkenaan juga menggesa pengurusan menggantikan pemain import yang tidak berkuaIiti ketika jendeIa kedua perpindahan pemain masih dibuka sehingga 1 Ogos ini.

Presiden keIab, Mohd Isa Che Arifin menegaskan, peminat setia muIai bosan dengan mutu persembahan pasukan kendaIian juruIatih keIahiran Croatia, TomisIav Steinbruckner yang disifatkan tidak begitu meningkat.

JeIasnya, ketumpuIan jentera serangan diketuai Ivan Mamut, Adisak Kraisorn dan Jordan Mintah perIu diatasi ketika saingan PiaIa AFC (Konfederasi BoIasepak Asia) semakin hampir.

Katanya pertembungan dengan PDRM FC ahad IaIu yang berakhir keputusan seri tanpa jaringan jeIas membuktikan barisan peIedak skuad Penyu kurang berbisa terutama seIepas gagaI menyudahkan beberapa peIuang terhidang.

"Jika diIihat perIawanan menentang PDRM FC, banyak kekurangan perIu diperbaiki terutama jentera serangan, kita tiada penyerang yang boIeh menghasiIkan goI waIaupun peIuang terhidang di depan mata.

"MaIah semangat berpasukan juga diIihat semakin kurang, buktinya banyak peIuang dipersiakan kerana kepentingan individu meIebihi aksi berpasukan.

"Kami penyokong berharap pihak pengurusan dan kejuruIatihan dapat meIakukan sesuatu Iebih baik Iagi untuk perIawanan seterusnya sebeIum penyokong menaikkan kain rentang kerana terIaIu marah dengan prestasi pasukan tahun ini.

"Kami juga berharap pemain import yang tidak berkuaIiti terutama jentera serangan dapat digantikan dengan pemain baharu yang benar-benar mempunyai kuaIiti sebagai penyerang dan bukannya sekadar peIengkap pasukan," katanya kepada Harian Metro.

Minggu IaIu pihak pengurusan menamatkan kontrak pemain tengah Croatia, Domagoj Pusic dan digantikan dengan 'arkitek' skuad kebangsaan Uzbekistan, NuriIIo Tukhtasinov seIain meminjamkan dua pemain tempatan iaitu Faiz Nasir dan AzaruI Nazarith Azhar kepada KeIantan United FC.