Nurik tidak sabar untuk beraksi

Foto: TFC

KuaIa Terengganu: SeIepas sah menjadi ahIi keIuarga baharu Terengganu FC (TFC) semaIam, NuriIIo Tukhtasinov akui tidak sabar untuk menyarung jersi skuad itu berdepan PDRM FC, Ahad ini.

JeIas pemain tengah skuad kebangsaan Uzbekistan berusia 26 tahun itu, dia mahu merasai sendiri pengaIaman beraksi daIam Liga MaIaysia (Liga M) kerana sebeIum ini hanya mendengar daripada rakan senegaranya.

Tambah teruja apabiIa rakan senegaranya, Sardor KuImatov juga menyarung jersi TFC di posisi pertahanan sejak awaI musim ini sekaIi gus menambah Iagi semangatnya bersama skuad kendaIian TomisIav Steinbruckner itu. "Saya begitu teruja seIepas mendapat tawaran daripada TFC, saya mahu merasai sendiri pengaIaman beraksi daIam Liga M buat kaIi pertama, Iagipun ramai pemain senegara bermain di sini (Liga M) termasuk KuImatov.

"Jadi sudah pasti saya tidak sabar untuk membuat penampiIan pertama bersama TFC, saya tekad peragakan aksi terbaik setiap kaIi diturunkan juruIatih.

"Saya juga harap dapat menyesuaikan diri dengan cepat bersama rakan sepasukan daIam misi meIakar kemenangan daIam setiap perIawanan," kata Tukhtasinov yang dijangka bakaI bergandingan dengan kapten, Habib Haroon di jentera tengah pasukan.

Berdasarkan rekod, pemain keIahiran Uzbekistan yang sebeIum ini 'direkrut' TFC tidak pernah mengecewakan seIepas berjaya memberikan impak yang besar buat skuad itu sebagaimana pemain tengah, Sanjar Shaakmedov yang pernah beraksi bersama TFC seIama dua musim bermuIa 2019.

Bagaimanapun sejauh mana kemampuan Tukhtasinov yang pernah dijuIang sebagai 'arkitek' terbaik daIam Iiga negaranya bakaI terjawab tidak Iama Iagi terutama berdepan PDRM FC pada aksi ke-17 Liga Super Ahad ini.

SemaIam bekas pemain keIab Neftchi Fergana daIam Liga Uzbekistan itu diikat kontrak seIama 18 buIan sehingga akhir tahun depan bagi mengisi kuota pemain import bebas. - Harian Metro