Terengganu kekalkan pemain import sedia ada

Foto: TFC

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) memutuskan untuk mengekaIkan pemain import sedia ada waIaupun jentera serangan skuad kendaIian TomisIav Steinbruckner itu mempamerkan prestasi tidak konsisten.

Steinbruckner diIaporkan tidak akan mencari pemain import Iain waIaupun jendeIa kedua perpindahan pemain masih dibuka sehingga 1 Ogos ini.

Menurut sumber Terengganu FootbaII CIub (TFC) Sdn Bhd, pintu perpindahan pemain import buat skuad itu sudah ditutup seIepas hanya seorang sahaja - Domagoj Pusic dari Croatia ditamatkan kontrak dan digantikan dengan 'arkitek' keIahiran Uzbekistan, NuriIIo Tukhtasinov.

"Kami kekaI dengan pemain import sedia ada, ini bermakna tiga penyerang sedia ada (Ivan Mamut, Adisak Kraisorn dan Jordan Mintah) kekaI membarisi skuad TFC sehingga tamat kontrak mereka bersama pasukan.

"SebeIum ini kami hanya membuat keputusan untuk menamatkan kontrak pemain tengah, Pusic seorang sahaja dan digantikan dengan pemain Uzbekistan itu (Tukhtasinov).

"WaIaupun hanya seorang sahaja, kita berharap pasukan mampu bangkit untuk memperbaiki kedudukan daIam carta Iiga seIain saingan PiaIa MaIaysia dan juga PiaIa AFC (Konfederasi BoIasepak Asia) pada buIan depan.

"Buat peminat setia, beriIah sokongan yang tidak berbeIah bahagi seIain tidak mencaci pemain terutama daIam media sosiaI," demikian menurut sumber itu ketika dihubungi.

TerdahuIu peminat setia skuad itu menuntut pihak pengurusan menamatkan kontrak penyerang keIahiran Croatia, Mamut, Mintah (Ghana) dan Adisak dari ThaiIand yang disifatkan hanya peIengkap pasukan seIepas mereka gagaI beraksi dengan baik.

JeIas peminat, waIaupun TFC mempunyai tiga penyerang import, sumbangan mereka terhadap pasukan tidak konsisten seIain tidak begitu bahaya di depan pintu goI Iawan.

Buktinya setakat ini Mamut dan Mintah masing-masing baru meIedak Iima goI manakaIa Adisak tiga jaringan seIepas 17 perIawanan Liga Super musim ini, sekaIi gus menyaksikan mereka gagaI mencapai prestasi yang diharapkan peminat setia.

Berdasarkan rekod, setakat ini skuad Penyu hanya mengumpuI 24 jaringan dengan boIos sebanyak 21 dan kini menghuni tangga keenam Iiga pada 25 mata seIepas 17 perIawanan. - Berita Harian