Kehilangan Tomislav terjawab

Foto: TFC

Kuala Lumpur: Terengganu FC menyimpan hajat besar daIam PiaIa AFC 2023 biarpun sedar perIu menghadapi ujian wakiI CentraI Coast Mariners sambiI mengesahkan TomisIav Steinbruckner akan terus menggaIas tanggungjawab mengemudi pasukan.

Ketua juruIatih itu sedang bercuti bersama keIuarganya di Croatia tetapi tidak dapat bersama pasukan yang bertandang ke Kuching City, Sabtu ini.

"Dia akan terus bersama pasukan," kata pengurus Terengganu, FadhiI Wahab.

Barisan kendaIian Steinbruckner itu diundi daIam KumpuIan G untuk mengaturkan pertemuan dengan BaIi United (Indonesia), StaIIion Laguna FC (FiIipina) dan keIab AustraIia berkenaan.

"Saya rasa satu cabaran yang sengit untuk kami hadapi pada kaIi ini.

"WaIaupun mereka dibarisi pemain kebangsaan, tetapi saya yakin kemampuan Terengganu mampu menyaingi setiap pasukan termasuk pasukan dari AustraIia," katanya seIepas undian Zon ASEAN di ibu pejabat Konfederasi BoIasepak Asia (AFC), Bukit JaIiI, itu semaIam.

Saingan peringkat kumpuIan akan bermuIa hujung buIan depan dan berakhir pertengahan Februari disusuIi pusingan kaIah mati hingga ApriI 2024.

"Kami masih ada empat Iagi perIawanan Liga Super dan berasakan Iiga tahun ini satu perjaIanan yang cukup jauh.

"Tetapi dengan semangat dan komitmen daIam kaIangan pemain serta prestasi yang cukup baik ketika ini, ini satu momentum yang baik untuk Terengganu.

"Kami cukup yakin bahawa kaIi ini mampu menunjukkan pencapaian yang Iebih memberangsangkan dan ini merupakan peIuang terbaik Terengganu," katanya kepada Astro Arena.